KEPUTUSAN HASIL KAJIAN MARDI , HUSM DAN PENGGUNAAN MADU DALAM SEJARAH TAMADUN MANUSIA
.
Madu kelulut juga dikatakan mempunyai khasiat tinggi. Dengan khasiat madu kelulut yang banyak ini, pihak PENAWAR INSAN DINAMIK ENTERPRISE telah mengambil inisiatif untuk memasarkan madu kelulut kepada pengguna bagi merasai sendiri kehebatan khasiat MADU KASIH KELULUT dan ianya TIDAK PANAS.
Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya:
“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit ‘MASAM’ dan warnanya adalah lebih cerah. Koloni kelulut biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau rosak, ini kerana kandungan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semulajadi.
Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi Serdang menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas yang merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout.
Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.
Sejarah Dunia telah menunjukkan bahawa kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah dikaji oleh saintis Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir Muslim agung pada abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang melihat mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan. Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu untuk kesihatan dan sebagai awet muda. Madu, menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.
Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, “manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH” Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena. Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.
Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.
Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.
MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.
@ Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey – USA
Di India, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Malaha ada yang mengambil madu bersama jus halia atau bawang putih dan telur mentah setiap malam untuk meningkatkan kelakian mereka.
Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan "Mead" dan terdapat amalan di kalangan pengantin lelaki dan perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan.
Di Malaysia, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah diambil bersama bahan lain seperti telur ayam kampung, bawang merah, rempah ketumbar dan buah kemiri. Ianya dipercayai untuk memekatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.
Setakat ini masih belum ada laporan kajian saintifik yang dijalankan ke atas pesakit. Walaubagaimana pun kajian ke atas tikus jantan yang normal telah menunjukkan bahawa pemberian madu lebah dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3-4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma. Kajian juga telah dijalankan pada tikus jantan yang juga didedahkan kepada asap rokok. Di dapati pemberian madu lebah dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan kepada tikus betina dan seterusnya berupaya menghasilkan anak. Selain dari itu, terdapat peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal. Paras antioksidan di dalam testis tikus tersebut telah meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang. Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksik asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.
Kajian saintifik tersebut yang dilakukan dengan menggunakan model haiwan iaitu tikus didapati menyokong kepercayaan tradisional mengenai kebaikan penggunaan dalam kesihatan reproduktif lelaki. Walaubagaimana pun, kajian ke atas pesakit adalah amat perlu untuk memastikan keberkesanan penggunaan madu ini di samping menentukan dos dan cara pengambilan yang berkesan.
Sumber Oleh:-
Dr. Mahaneem Mohamed (USM)
Lagi keistimewaannya:
1- Tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman.
2- Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
3- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
4- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
5- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
6- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
7- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
8- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
9- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
10- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.
Surah An-Nahl ayat 69 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.
Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".
Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".
Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.
Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Kandungan Madu Lebah:
Vitamin;
1- Vitamin A
2- B-Kompleks
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K
Zat Galian;
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Natrium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Manganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium
Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit
Dan banyak lagi bahan KEBAIKAN yang tidak dinamakan di dalam madu lebah tu sebenarnya...wallahu 'alam
Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".
Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kelazatan kepada hidangan-hidangan yang lain".
Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.....InsyaALLAH dapat melunakkan suara pengamalnya juga.
Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".


